Saidina Umar Al-Khattab
Nama Penuh: Umar Bin Al-Khattab Bin Nufail Bin Abdul Uzza Al-Qurasyi
Sumbangan : Menjadi Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua selepas
dan jasa kewafatan Nabi SAW.
Menawan wilayah Syam(Baitul Maqdis), Iraq, Persia(Iran), Mesir, Burqah (Nama sebuah daerah di Libya), Tripoli, Azerbaijan, Nahawand, dan Jurjan.
Orang pertama menetapkan tahun Hijrah sebagai Kalendar Islam.
Orang pertama mengumpulkan orang dalam solat Terawih.
Orang pertama yang mencetak mata wang dirham.
Terdapat enam pendapat Saidina Omar yang dikuatkan dengan Nas Al-Quran, antaranya menyarankan kepada Nabi Muhammad SAW agar tidak mensolatkan jenazah orang munafiq, lalu turun ayat yang menyokong pendapat tersebut.
Gelaran: Al-Faruq (pemisah antara haq dan batil)
Kisah mengenai Beliau:
Menjadi Khalifah kedua selepas Saidina Abu Bakar, Saidina Omar menjadi khalifah selama 10 tahun 6 bulan dan 4 hari. Dia berwajah tampan, tangan dan kakinya berotot, janggutnya lebat dan suka mewarnakannya dengan bahan pewarna Al-Hinna dan katam. Kepala depannya botak, tubuhnya tinggi besar, seolah dia sedang menunggang kerana terlampau tingginya, warna kulitnya coklat kemerah-merahan, tubuhnya tegap dan suaranya lantang.
Saidina Umar dikenali sebagai seorang yang cerdas dan paling tegas di kalangan pemuda Quraisy. Dialah satu-satunya Sahabat Nabi yang berhijrah secara terang-terangan.
Ketika beliau hendak berhijrah, dengan penuh ketegasan dan keberanian, beliau mengatakan kepada orang-orang kafir musyrik, “Sesungguhnya aku akan berhijrah ke Yathrib, sesiapa yang ingin ibunya kehilangan anak, atau anaknya menjadi yatim, silalah menghalang aku dari berhijrah, maka esok, temui aku di belakang lembah ini.” Demikian kata-kata Saidina Umar yang benar-benar menggerunkan musuhnya.
Namun, disebalik ketegasan dan sikap lantangnya itu, Saidina Umar juga dikenali sebagai ahli Ibadah. Hati dan jiwanya mudah tersentuh, digambarkan oleh peristiwa ketika dia mula mendapat hidayah. Waktu itu, beliau sedang dalam perjalanan ingin membunuh Nabi Muhammad. Tiba-tiba dia diberitahu bahawa adiknya Fatimah telah memeluk Islam.
Beliau lantas menukar arahnya menuju ke rumah adiknya. Beliau menemui Khabab bin Art dan Sa’id – suami Fatimah sedang mengajar Fatimah membaca Al-Quran. Maka Umar terus memukul Fatimah. Namun, setelah Umar membaca awal surah Taha, hatinya tersentuh lalu pergi menemui Nabi Muhammad SAW di Darul Arqam untuk menyatakan keislamannya.
Seluruh umat Islam bergembira dengan keislaman Umar. Pada hari itu juga, Saidina Umar memimpin rombongan para Sahabat dan Nabi untuk mendirikan Solat secara terang-terangan di depan Ka’abah. Sebuah lagi rombongan dipimpin oleh Saidina Hamzah yang telah beriman sebelum Saidina Umar. –Tamat-
No comments:
Post a Comment